Hi
Hehek. Pagi tadi bangun awal dari semalam. Semalam lewat sikit, sebab cuti sekolah kan. Kalau tak jangan haraplah kan nak bangun awal. K stop, takyah merepek lelama.
Kalau cite pasal merokok ni kan, aku rasa tak ramai yang suka terutama perempuan. Kot (sebab aku pernah nampak perempuan merokok, pakai tudung pulak tu). Salah satunya sebab bau dan asap rokok tu sendiri. Aku memang pantang kalau orang merokok depan aku. Lebih-lebih lagi orang yang duk hembos asap tu kat aku.
Aku benci asap rokok. Lantak kau lah nak merokok ke tidak. Tapi kalau dah ketagih sangat, apa salahnye kan kau merokok jauhhh daripada aku. Aku selesa kau pun selesa nak hembos asap tu. Nak telan pun baguihh. Dan tak menyusahkan orang lain.
Pada aku, sebelum orang hisap rokok tu dan hembos kat aku, awal-awal lagi aku dah tutup hidung. Hishhh, nak bernapeh pun susah.
Cite dia macam ni,
Pagi tadi lepas sarapan terus keluar pergi sekolah adik untuk beli buku sekolah dia dengan mak. Tapi adik tak ikut pun sebab luka sunat dia belum sembuh lagi. Sebab tu aku kene teman mak. Hehek.
Lepas dah bayar ape semua, datanglah sorang perempuan dengan sorang mamat belakang kitorang. Tetiba aku macam bau rokok (aku tak toleh lagi masa ni). Elok je aku toleh kebelakang, mamat tu tengah hembos asap rokok dengan muka tak malu.
Aku apa lagi, memang aku tenung tajam-tajam aa kan kat dia. Baru menggelabah dia nak mati kan api rokok tu.
Eh hello, kalau nak merokok pun agak-agak lah kan. Taktau undang-undang ke ape? Dalam kawasan sekolah kot. Yes, memang sekolah tengah cuti. Tapi kau tetap dalam kawasan sekolah right?
--------------------
Haihhhh, memang lepastu muka aku berkerut je sebab bengang dengan mamat tu. Hm nasib baik ade mak. Kalau tak, taktau le.
p/s: lepas ni kalau sesiapa yang nak hisap rokok tu dipersilakan, tapi sila telan asap tu dengan telan sekali puntung rokok tu ye.
p/ss: adioss
p/sss: apa-apa pun, aku tengah lapar sekarang ni